• Jonathan Shiek

Teringin Dengar Bunyi Hon ‘Tenonet’, Abang Lori Tunaikan Hasrat Adik Abid

Baru-baru ini, kisah seorang budak lelaki yang menghidap kanser bernama Abid menarik perhatian netizen tempatan.

Ini terjadi setelah ibunya Nur Lydia Rose Hafieza memuat naik status di Facebooknya untuk berkongsi tentang anak kecilnya yang sangat suka dengan bunyi hon ‘tenonet’.

Apa itu bunyi hon ‘tenonet’? Ia merujuk kepada bunyi yang dihasilkan oleh hon yang diubahsuai dengan bunyi yang berlagu, biasanya terdapat di kenderaan berat seperti lori dan bas.



Terima Kasih Semua Driver Lori Tenonet ❤️ Terima kasih Rakyat prihatin sudi tunaikan permintaan Abid ..Semoga Allah… Posted by Nur Lydia Rose Hafieza on Sunday, March 14, 2021

Yang mengejutkan, perkongsian itu dibalas dengan komen dan maklum balas positif dari orang ramai di media sosial. Bukan itu sahaja, banyak pemandu lori juga turut berkongsi video bunyi hon mereka di laman Facebook Lydia dengan tujuan memenuhi keinginan kanak-kanak lelaki itu.

Jom tonton video yang sangat menyentuh ini;


Semoga Adik Abid cepat sembuh!

0 views0 comments