• Jonathan Shiek

Terdapat Penumpang Positif COVID-19, Kapal Persiaran Ini Berpatah Balik

Sebuah kapal persiaran diarahkan berpatah balik ke Singapura selepas seorang penumpang dikesan positif Covid-19.

Penumpang kapal persiaran Dream Cruises seramai 1,646 orang dan 1,249 kru diminta kekal dalam kabin ketika proses nyah kuman dijalankan selain pengesanan kontak rapat dilakukan, kata Pengarah Tourism Singapore, Annie Chang.

“Penumpang yang dipercayai positif itu adalah kontak rapat bagi kes yang dikesan di darat dan segera diasingkan sebagai sebahagian protokol kesihatan dalam kapal,” katanya.

Penumpang berusia 40 tahun itu, yang disahkan negatif sebelum menaiki kapal, dibawa ke hospital untuk ujian lanjut dan kementerian kesihatan kemudian mengesahkannya dijangkiti virus berkenaan.

Media tempatan melaporkan semua penumpang sudah mendapat vaksin lengkap.

Chang berkata, sebagai sebahagian protokol kesihatan, tiga teman penumpang yang disahkan positif itu turut diasingkan namun, mereka disahkan negatif.

Kapal berkenaan yang bermula dan berakhir di Singapura, tanpa singgah di mana-mana – dilancarkan tahun lalu sebagai usaha untuk merancakkan semula industri pelancongan.

Kapal berkenaan dimiliki dan dikendalikan syarikat Malaysia, Kumpulan Genting bertolak dari Singapura Ahad lalu untuk perjalanan selama empat hari, terpaksa berpatah balik beberapa jam lebih awal daripada jadual.

0 views0 comments