• Jonathan Shiek

Terdapat Cebisan Mayat Turut Terlekat Pada Roda Dan Pintu Pesawat Tentera AS

Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat yang terlekat pada bahagian roda dan di gear pesawat tentera C-17 ketika berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lalu. Terdapat sebuah rakaman video yang tular di media sosial, menunjukkan warga Afghanistan yang menduduki di bahagian gear pesawat secara berbahaya.

This is from another angle! I heard that some even crushed under landing gears of this C-17A of #USAF!pic.twitter.com/yJpKJcr92V — Babak Taghvaee – Μπάπακ Τακβαίε – بابک تقوایی (@BabakTaghvaee) August 16, 2021

Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga sebuah video yang mengejutkan turut dirakam apabila salah seorang pelarian Afghanistan ini, yang memegang dibahagian atas ruang pendaratan utama pesawat tentera C-17 didapati mati akibat kekurangan oksigen dan tekanan yang tinggi semasa di udara.

This shocking video is still unverified but is claimed to be showing one of the #Afghan refugees who tried to flee from #Kabul through grabbing the upper section of the main landing gear bays of a #USAF's C-17A (s/n 02-1109) yesterday. He has certainly died over lack of Oxygen! pic.twitter.com/e5tqqd6pUB — Babak Taghvaee – Μπάπακ Τακβαίε – بابک تقوایی (@BabakTaghvaee) August 17, 2021

Menurut dari kenyataan tersebut, cebisan mayat itu dipercayai milik penduduk Afghanistan yang bertindak diluar kawalan dengan berpaut pada pesawat kerana terdesak ingin keluar dari negara tersebut selepas Taliban mengumumkan pengambilalihan kuasa pada hujung minggu lalu.

“Ribuan penduduk yang bertindak berpaut pada roda dan sayap pesawat ketika berlepas , malah ada yang melayang jatuh ke bawah sebaik kapal terbangan naik ke udara,” tulis kenyataan itu. 

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan memeriksa pesawat berkenaan sebelum membersihkan cebisan mayat yang terlekat sebelum memberi pelepasan untuk kembali beroperasi.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

2 views0 comments