• Jonathan Shiek

Terdapat Bendera Malaysia Di Falcon 1, SpaceX? Kenapa?

Viral di twitter semalam, sebuat tweet daripada Pranay Pathole yang menunjukkan misi Falcon 1 untuk SpaceX yang dikatakan gagal buat pertama kali pada 15 tahun lepas.

Buat yang tidak tahu, Space Exploration Technologies Corp. (SpaceX) adalah pengeluar aeroangkasa Amerika Syarikat perkhidmatan angkasa lepas yang beribu pejabat di Hawthorne, California.

Ia ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Elon Musk dengan tujuan untuk mengurangkan kos pengangkutan ruang untuk membolehkan penjajahan Marikh. SpaceX mengeluarkan kenderaan pelancaran Falcon 9 dan Falcon Heavy, beberapa enjin roket, kapal angkasa kargo dan satelit Starlink.

15 years ago, today, SpaceX attempted to launch their first Falcon 1 rocket. Didn't go well for them. Don't let failures stop you. Failures and setbacks will happen while pursuing your dreams. Keep on going through and never give up. @elonmusk pic.twitter.com/x0vHMmqQhK — Pranay Pathole (@PPathole) March 24, 2021

Namun, apa yang menarik perhatian pengguna Twitter Malaysia adalah bendera Malaysia yang dapat dilihat pada roket tersebut.

Yo. Bendera Malaysia. Why? How? What happened? https://t.co/upGBAlkj7n — MAG • Faheem (@magmalaya) March 25, 2021

Untuk pengetahuan semua, satelit pertama yang berjaya dilancarkan oleh SpaceX itu merupakan satelit dari Malaysia yang dinamakan RazakSAT dan ia dilancarkan ke orbit rendah bumi dengan penerbangan kelima dan terakhir roket Falcon 1 pada 14 Julai 2009.

RazakSAT adalah satelit pertama dan satu-satunya yang dimasukkan ke orbit oleh SpaceX menerusi Falcon 1.

Sebab itulah, bendera Malaysia ada pada roket tersebut!

Hebat kan?

Sumber: NASA, Malaysia Space Initiative 

#falcon1 #razaksat

0 views0 comments