• Jonathan Shiek

Tercurang Dengan Kekasih Orang, Lelaki Ini Tinggalkan Nota Untuk Teman Lelakinya

Haih…kantoi curang. Lagi dan lagi? Tapi baik tahu daripada tak tahu, betul tak?

Kita takkan tahu cara kita dapat tahu tu macam mana. Ada yang biasa, macam kantoi text kat handphone, atau kantoikan mereka keluar bersama, dan ada juga yang betul-betul luar biasa.

Seorang lelaki dipuji dengan cara dia memberitahu teman lelaki wanita yang ditidurinya, setelah mengetahui bahawa wanita yang dia tiduri itu curang bersamanya.

Untuk memastikan teman lelakinya tahu tentang perangai wanita tersebut, dia menyembunyikan nota itu di tempat yang sangat….bijak.

Lelaki itu telah menulis nota dan meninggalkannya di bawah tempat duduk tandas, di mana wanita itu tidak bakal menjumpainya…yelah mungkin sebab wanita tak check kan tempat duduk tu.

Notanya itu dalam bahasa Inggeris berbunyi:

“This chick just told me she has a boyfriend the morning after. Sorry to tell you like this, but I’d want to know if I was you. Sorry, bro.”

“Maaf memberitahumu seperti ini, tapi aku akan ingin tahu kalau aku jadi kau. Maaf, bro.”

Teman lelaki itu berkongsi di Twitter dengan kapsyen:

“Teman wanita saya curang dengan saya semasa saya berada di luar bandar dan lelaki itu meninggalkan saya nota ini di bawah tempat duduk tandas.”

Ia kemudian dimuat naik ke TikTok, di mana ia menjadi viral, dengan banyak orang memuji lelaki yang tidak dikenali itu kerana mengantoikan gadis itu dan cukup pandai menyembunyikan nota itu.

Seorang menulis: “Di bawah tempat duduk tandas benar-benar bijak.”

Seorang lagi bergurau, menulis: “Saya akan melakukan ini di rumah pasangan saya dan tonton lihat apa yang terjadi.”

1 view0 comments