• shafika9

Terbukti Vaksin Pfizer Merosot Lebih Cepat Dari AstraZeneca

Updated: Sep 17, 2021

Korang jangan berebut nak memilih vaksin pulak, terima sahaja demi kebaikan diri

Kredit foto: WebMD


Mengikut dari kajian baru yang dilakukan baru-baru ini, keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap COVID-19 merosot lebih cepat berbanding suntikan AstraZeneca. “Dua dos Pfizer-BioNTech mempunyai tahap keberkesanan awal lebih tinggi terhadap jangkitan baharu COVID-19 tetapi menurun lebih cepat berbanding dua dos suntikan AstraZeneca,” kata pasukan penyelidikan dari Universiti Oxford.


Ia mendapati bahawa ‘dinamik imuniti selepas dos kedua adalah begitu ketara’ antara Pfizer dan AstraZeneca. Pfizer mempunyai ‘keberkesanan awal lebih baik, tetapi perlindungannya merosot lebih cepat terhadap beban viru yang tinggi dan jangkitan simptomatik beberapa bulan setelah dos kedua diberikan.


“Keputusan kajian menunjukkan tahap keberkesanan kedua-dua vaksin menjadi sama selepas empat hingga bulan,” kata kumpulan saintis tersebut. Kajian tersebut mengesahkan bahawa vaksin kurang berkesan terhadap varian Delta, yang pertama kali dikesan negara India.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


1 view0 comments