• Jonathan Shiek

Tepis Persepsi Negatif, Graduan Kayuh Basikal Jual Teh

Setiap hari, pukul 3.30 petang seorang anak muda berusia 23 tahun, S. Kavievanan bersama dua bekas air yang diletakkan di atas sebuah basikal dapat dilihat di sekitar Briekfields, Kuala Lumpur.

Ramai yang mengerumuni basikal anak mudah sejurus sahaja dia memulakan perniagaan. Sebuah tong air berisi 20 liter teh masala, yang menggunakan resepi turun-temurun.

S. Kavievanan menjual secawan teh dengan harga RM1, menurutnya ramai juga tidak menyangka yang beliau sebenarnya graduan kejuruteraan mekanikal. Oleh kerana pandemik yang melanda, beliau menghadapai kesukaran untuk mencari pekerjaan.

Di situlah tercetusnya idea untuk beliau memulakan perniagaan teh masala yang istimewa!

“Saya mahu menjadi seperti ayah. Biarpun tidak berpendidikan dan datang dari estet, namun dia mampu mengusahakan perniagaan dan membesarkan kami tiga beradik dengan memberi pendidikan yang cukup sempurna.

“Melihatkan kerja keras ayah sehingga berjaya menggapai apa yang dimiliki hari ini, ia memotivasikan saya untuk terus berusaha terutamanya dalam mengembangkan perniagaan ini,” katanya.

Kurang setahun menjalankan perniagaan Tea Thambi, Kavievanan kini telah berjaya membuka satu lagi perniagaan di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur yang dibantu oleh rakannya.

Hebatnya!

Sumber: Kosmo

0 views0 comments