• Jonathan Shiek

Tengku Permaisuri Selangor Mencemar Duli Baca Berita Khas RTM

Sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.

Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara dan baginda sebelum ini merupakan personaliti RTM dari tahun 1996 hingga ke tahun 2016.

Walaupun sudah lima tahun tidak muncul sebagai pembaca berita, namun aura serta penampilan baginda masih anggun dan dianggap ‘legenda’ dalam dunia penyiaran.

Selepas berita jam 8 itu disiarkan, rata-rata netizen memberi komen yang positif dan ramai juga yang merindui kemunculan beliau dalam dunia penyiaran.

Jom tonton video ini secara penuh;




#rtm #tengkupermaisuriselangor

0 views0 comments