• shafika9

Tempoh Kuarantin Akan Dipendekkan Bagi Pelancong Luar Dari 14 Hari ke 10 Hari – Dr Noor Hisham

Updated: Sep 21, 2021

Menurut dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, langkah ini telah pun dilakukan oleh beberapa negara untuk memendekkan tempoh kuarantin bagi pelancong luar, berdasarkan laporan saintifik semasa. Katanya, “Ini selaras dengan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan di seluruh dunia secara laporan klinikal terkini” ujarnya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (Gambar Hiasan)

Beliau juga berkata, “langkah ini diambil berdasarkan pelaksanaan tempoh kuarantin oleh negara-negara lain di dunia dan beberapa buah negara menyemak semula tempoh masa kuarantin wajib di negara masing- masing”. 

Negara seperti United Kingdom, Belgium dan Jerman telah pun menurunkan kadar tempoh kuarantin dari 14 ke 10 hari sahaja”. Tambahannya lagi, “negara Perancis untuk tempoh kuarantin wajib yang perlu diambil selama tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan pada ahad lalu.

Jadi bagaimana pendapat korang? Tempoh kuarantin wajib bagi pelancong luar mahupun rakyat Malaysia sendiri akan dipendekkan kepada 10 hari saja? Sila berikan pandangan korang di ruangan komen dibawah ye. 

Sumber artikel asal dari Astro Awani

#10harisaja #kuarantin #Tempoh

0 views0 comments