• Syaziyah Md Sharif

Tempat Rare Nak Tengok Bunga Api NYE 2021

Updated: Oct 14, 2021

Musim PKP sekarang ni bahaya kalau kita semua bersesak dekat dataran merdeka untuk nak raikan kedatangan tahun baru. Jangan risau, ini adalah tempat2 yang tak ramai orang, yang ada view yang cantik dan sesuai untuk korang nak tengok pertunjukkan bunga api.

Jalan Bukit Pantai, Bangsar

Salah satu jalan yang sibuk di Bangsar, ada satu bangunan Pantai Towers. Korang boleh park je kereta tepi jalan (pastikan tak kacau trafik) dan di sini, korang ada view direct untuk tengok KL.

Changkat Semantan

Sebuah Kawasan perumahan yang agak sunyi, di sini ada tempat juga untuk korang nak tengok bunga api atau nak enjoy je permandangan KL. Tips: waze je “Be Urban Wellness”

Bukit Tunku

Lepas makan malam tu, korang boleh start enjin, terus gerak pergi kawasan Bukit Tunku. Dekat sini pun confirm korang boleh dapatkan view yang cantik. p/s: jaga2 jangan sampai terjumpa momok pulak.

Bukit Permai, Cheras

Ramai orang panggil tempat ni “Mini Genting”. Kawasan ni agak tinggi, kena mendaki sikit dengan kereta korang. Selalunya kalau korang sampai lambat, agak ramai jugak orang yang pergi situ. Mana tak nya, view dia memang puas hati!

Port Dickson

Satu lagi tempat bonus yang rare untuk nak tengok bunga api, pantai Port Dickson. Drive dalam sejam setengah dari KL dan korang boleh celebrate tahun baru dekat tepi pandai. Memang rasa macam dekat negeri orang putih.

0 views0 comments