• Jonathan Shiek

Teman Lelaki Cuba Jual Kereta Yang Berisi Mayat Teman Wanita Sendiri

Seorang lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat telah didakwa atas membunuh teman wanitanya sebelum cuba menjual kendaraannya yang berisi mayat mangsa. Jabatan Polis Metropolitan Nashville berkata Robert Miquel Johsnson, 31 tahun yang cuba untuk mengalihkan kenderaan milik teman wanitannya, Pamela Paz, 44 tahun sehari sebelum mayat mangsa ditemui di dalam kereta itu.

Selepas disoal siasat Johnson, detektif kemudian cuba menjejaki seorang saksi yang berkata dia melihat Johnson cuba menjual kenderaan jenis Dodge Charger itu. Johson juga memberikan maklumat yang salah ketika ditanya oleh polis berkenaan lokasinya ketika pembunuhan berlaku.

Johnson kini dipenjarakan atas tuduhan lain yang lain berkaitan di daerah Wilson, namun dijangka akan dipindahkan ke Nashville.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments