• shafika9

Telinga Kucing Yang Boleh Membaca Gelombang Otak

Pernah lihat dekat Running Man pasal telinga kucing ni

Kredit foto: SoraNews24


Ada tak disini yang pernah melihat tak sebelum berkenaan telinga kucing ini ? Kalau korang pernah menonton rancangan realiti TV dari Korea Selatan iaitu Running Man, mesti korang ada melihat telinga kucing ini.

Telinga kucing yang pernah digunakan dalam rancangan realiti TV Korea Selatan iaitu Running Man


Telinga kucing ini, mempunyai deria untuk mengesan gelombang pemikiran pada otak kita sebenarnya. Syarikat Jepun Neurowear adalah pencipta sebuah peranti ini yang pasti membuatkan korang rasa seronok untuk memiliki produk tersebut.


Model ini diberi nama Necomimi iaitu bermaksud ‘telinga kucing’ antara produk yang terjual laris di Jepun pada masa kini. Cara penggunaan peranti ini, mudah sahaja!. Korang hanya perlu letak di bahagian kepala dan kepilkan klip di bahgian kiri kepala untuk membenarkan sensor dapat membaca pemikiran dan emosi korang. Tak susahkan ?

Telinga kucing ini sangatlah comel, kerana dia boleh berpusing-pusing apabila korang mula merasakan perasaan yang tak selesa mahupun terlalu fokus. Telinga kucing ini, semestinya amat seronok kalau dapat bermain bersama dengan rakan-rakan mahupun dengan keluarga.

Mungkin korang ingin tahu berapakah satu peranti ini sebenarnya ? Necomimi ini masih tak terjual secara besar-besaran lagi, apatah lagi ke seluruh dunia. Pada masa kini, syarikat berkenaan membuat satu kempen yang kini sedang berlangsung di Jepun. Kempen ini ada berbaki 40 hari lagi dan mensasarkan 500,000 yen (RM 191,780) untuk mencipta perati baharu bagi Necomimi. Harga yang ditawarkan untuk sepasang telinga kucing ini bermula 13,365 yen ( RM 512). Ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan untuk memiliki produk ini bukan ?.


Jadi bagaimana korang, ada yang berminat ke tak untuk membeli produk ini ? tapi kena tunggu dahulu produk ini terjual dipasaran luar negara dahulu, baru boleh beli telinga kucing ini.


Sumber artikel asal dari SoraNews24



1 view0 comments