• Syaziyah Md Sharif

Tebing Runtuh, Hempap Bot Pelancong Di Brazil

Setakat ini lapan ditemui maut dan dua masih hilang


Baru-baru ini, tular sebuah video pendek di laman sosial TikTok dimana sebuah tebing runtuh dan kelihatan beberapa buah bot membawa pelancong dihempap oleh runtuhan batu tersebut.


Kejadian dipercayai berlaku di Tasik Furnas, Brazil, operasi mencari diteruskan selepas runtuhan batu di tebing menghempap beberapa bot pelancong dan mengorbankan lapan nyawa setakat Ahad.


Pasukan penyelamat, terdiri daripada anggota tentera laut, pertahanan awam dan jabatan bomba negeri memulakan hari kedua pencarian pada awal pagi dan difahamkan dua mangsa masih hilang akibat tragedi tersebut.


Imej video menunjukkan kumpulan bot-bot kecil bergerak perlahan berhampiran tebing batu di Tasik Furnas apabila berlaku retakan, sebelum batu besar jatuh mengenai sekurang-kurangnya dua bot dan difahamkan hujan lebat baru-baru ini mungkin menyebabkan kepingan batu itu pecah.


Sebagai info, Tasik Furnas merupakan tarikan pelancong yang popular di kawasan itu, kira-kira 420 kilometer di utara Sao Paulo.



Sumber: Astro AWANI, TikTok

12 views0 comments