• Syaziyah Md Sharif

Team Secret Layak Ke Peringkat Akhir PUBG Mobile Global! Tahniah!

Updated: Oct 8, 2021

Pasukan Team Secret dari Malaysia layak ke pertandingan akhir Kejohanan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile Global yang akan diadakan dari 21 hingga 24 Januari ini di Dubai, Emeriah Arab Saudi (UAE).

Team Secret menduduki tempat ke-15 daripada 24 pasukan yang menyertai pertandingan liga dengan memperoleh 205 mata keseluruhan daripada 60 perlawanan yang berlangsung dari 24 November hingga 20 Disember lepas.

Mereka kini berpeluang berentap bersama 15 pasukan lain, termasuk enam dari Asia Tenggara dalam pertandingan akhir yang menawarkan hadiah terbesar dalam sejarah permainan mudah alih berjumlah AS$2 juta (RM8.10 juta).

Peserta akhir lain adalah pasukan Aerowolf Limax dari Indonesia; RRQ AThena, Secret Jin, POWER888 KPS (Thailand); Klas Digital Athletic, Futbolist (Turki); Nova Esports (China); Abrupt Slayers (Nepal); A7 eSports (Brazil); ZEUS ESPORT (Mongolia); Natus Vincere (Rusia); A1 eSports (Bangladesh) dan Konina Power (Commonwealth of Independent States).

Sumber: BERNAMA

#hiburan #Malaysia

0 views0 comments