• Syaziyah Md Sharif

Tawaran Diskaun Saman Trafik Polis Dilanjutkan Sehingga 31 Disember

Sebelum ini pengurangan saman trafik itu diberikan sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Kredit Foto: Astro Awani

Tempoh tawaran diskaun bagi kesalahan trafik hingga 80 peratus dengan had minimum RM30 akan dilanjutkan Polis Diraja Malaysia sehingga 31 Disember ini.


"PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini.


"Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak perlu hadir program ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia) semata-mata untuk menjelaskan saman tersebut.


"Sebaliknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di seluruh negara," katanya pada sidang media


Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lanjutan tempoh pembayaran itu adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai mengambil sedikit masa menjelaskan saman mereka.


Kata beliau, pembayaran boleh dibuat di semua kaunter di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara.




Sumber: Utusan

9 views0 comments