• Jonathan Shiek

Tasik Biru Disahkan Antara Tasik Air Tawar Paling Jernih Di Dunia

Tasik Biru di Taman Tasik Nasional Nelson, New Zealand secara rasminya merupakan tasik air tawar yang paling jernih di dunia. Air Tasik Biru mengalir dari Tasik Constance yang terletak di sebelahnya dan aliran air tersebut yang terletak di sebelahnya dan aliran air tersebut melalui serpihan empangan yang terhasil sejak sekian lama akibat tanah runtuh. 

Empangan tersebut bertindak sebagai penapis semula jadi yang menapis zarah-zarah, menjadikan Tasik Biru hampir sejernih air suling. Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera nasional New Zealand (NIWA) melakukan ujian saintifik terhadap air tasik itu dan mengesahkanya sebagai air tawar semula jadi yang paling jernih diketahui manusia.

Kajian menunjukkan bahawa jarak penglihatan di Tasik Biru adalah antara 70 hingga 80 meter yang menjadikannya hampir sama optiknya dengan air suling. 

Sumber artikel asal Kosmo!

0 views0 comments