• shafika9

‘Tangga Putrajaya Steps’ Hampir Siap Sepenuhnya, Netizen Dah Mula Teruja Untuk Panjat

Ada yang dah bersedia untuk mandi peluh nanti ?

Kredit foto: Bernama


Putrajaya adalah merupakan destinasi untuk tarikan pelancong luar mahupun tempatan kerana keunikan landskap dan reka bentuk bangunan yang menarik menjadikan tarikan utama di tempat tersebut. Tahukah korang terdapat satu tarikan baharu iaitu ‘Tangga Putrajaya Steps’ yang tidak lama lagi dijangka mula dibuka pada 1 Oktober kepada pengunjung.


Menurut dari Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Pembinaan projek tangga ini telah pun siap sebanyak 80 peratus. Ketinggian dianggarkan 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter, binaan tangga itu diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kuran juga dengan Batu Caves.


Pembinaan Tangga Putrajaya Steps diilhamkan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bersempena 25 tahun Sambutan Jubli Perak Putrajaya. Ia dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana. Tangga Putrajaya Steps kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande.

Melihat di ruang komen, rata-rata netizen dah mula teruja untuk panjat 250 anak tangga ini di Putrajaya Steps tersebut.



Sumber artikel asal dari Rileklah


108 views0 comments