• shafika9

Tandas Pintar Dapat Kesan Identiti Pengguna Hanya ‘Pengecaman Punggung’

Ada juga tandas pintar sebegini ?

Kredit foto: Interesting Engineering


Terdapat Kumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan Universiti Stanford dilaporkan membangunkan teknologi yang boleh mengesan identiti seseorang dengan hanya pengecaman pada punggung individu tersebut. Menurut penyelidikan, teknologi yang dipasang pada pengimbas kamera itu boleh mengenal pasti cetakan unik melalui dubur setiap individu yang berbeza.


Kamera yang diletakkan di dalam mangkuk tandas itu kemudiannya akan memadankan najis dengan pengguna, malah membolehkan mereka untuk melihat data berkenaan sisa buangan. Teknologi tersebut juga boleh mengira kadar aliran dan volum air kecil menggunakan penglihatan komputer sebagai uroflowmeter.


Kini tandas pintar tersebut semakin popular dikalangan komuniti di Amerika Syarikat kerana daripanya ia berupaya menyelamatkan nyawa. Kerana teknologi tandas ini dapat mengimbas najis bagi mengenal pasti penyakit kronik dan kanser usus pada peringkat awal.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


7 views0 comments