• Jonathan Shiek

Tandas Jepun Semakin Berteknologi Tinggi, Kini Mempunyai Panel Terapung

Negara Jepun bukanlah perkara asing dari segi dengan dunia teknologi canggih betul kan? Berilah apa sahaja, semestinya ia akan lebih ke depan dan maju dalam dunia inovasi dan berteknologi tinggi. Tandas di negara Jepun sudah berada di luar jangkaan, dengan hanya menggunakan sistem panel tekan saja. Betapa bagusnya teknologi dari negara matahari terbit inikan ?

Kini, sistem panel tandas telah ditambahbaikan pada sistem panel terapung. Tujuan teknologi berbuat demikian, kerana penjagaan kebersihan yang baik bagi mengelakkan penyebaran kuman mahupun penyakit berjangkit coronavirus yang teruk pada masa kini.

Syarikat yang menerajui sistem ini adalah Murakami Corporation, iaitu pengeluar alat ganti kenderaan utama yang khusus pembuatan cermin sisi. Kini, syarikat berkenaan cuba untuk membuat panel tandas yang lebih pada dunia sci-fi dengan teknologi baru.

Sumber : SoraNews24

Sumber : SoraNews24

Teknologi baru ini digelarkan “Teknologi Pictogram Terapung” yang membenarkan para pengguna dengan hanya menekan pada panel terapung, seolah-seolah ia menyentuh panel tersebut seperti biasa. Ini kerana, perletakan sensor inframerah yang dapat mengesan jari manusia ketika mendekati panel tersebut. Bukan setakat teknologi ini akan dibuat bagi panel tandas sahaja, bahkan bakal dibuat untuk mesin ATM, lif dan sebagainya.

Syarikat Murakami Corporation menerangkan bahawa penggunaan teknologi ini mampu meningkat penggunaan tandas di seluruh Jepun, dengan persiapan menghasilkan panel terapung secara besar-besaran pada tahun 2022 nanti. 

Sumber artikel asal dari SoraNews24

1 view0 comments