• Jonathan Shiek

Tampil Lebih Glamor Dan Chic Bersama Rakan-Rakan Dari ‘Freshkon® x Naho’

Hey guyss! Musim SELFIE DAH SAMPAI! 

Maksud kami, kalau musim PKP ni, kan kena work from home, jadi mesti korang nak check penampilan dengan selfie banyak-banyak kan? Tahukah anda, pembuat kanta lekap berwarna popular FreshKon® kini berkolaborasi dengan Illustrator Jepun, Naho Souno untuk mengeluarkan koleksi baru bernama FreshKon® x Naho! Jadi apa yang baru dalam siri kanta lekap mereka? 

FreshKon® x Naho memperkenalkan 2 siri kanta lekap yang baru, iaitu Glamour Glitz dan Modern Chic yang sesuai dengan gaya dan mood yang berbeza, supaya anda boleh menampilkan diri seharian anda dengan lebih GLAMOR! Kedua-dua siri ini terdapat modaliti pakai harian maupun bulanan, dengan 8 warna baharu untuk anda pilih.

(i) Glamour Glitz

Dalam siri Glamor Glitz, anda dapat memilih dari pelbagai warna yang bergaya. Untuk kanta lekap pakai harian, Ombre Walnut berwarna coklat yang lebih lembut, dan Ombre Fossil berwarna biru abu. Manakala, untuk kanta lekap pakai bulanan, Ombre Caramel pula berwarna coklat muda, dan Ombre Smoke yang menampilkan warna biru. Siri ini memaparkan personaliti yang bergaya dari segi style, memang sesuai untuk menghadiri ke majlis atau aktiviti sosial, mesti akan menarik perhatian orang ramai!

(ii) Modern Chic

Bagi siri Modern Chic, ia khususnya untuk wanita berkerjaya dengan design yang feminin. Anda akan berasa konfiden, classy, dan sentiasa bersedia untuk membawa diri anda yang terbaik kepada khalayak ramai. Antara warna unik untuk siri Modern Chic pakai harian, ialah Crystal Halo yang warnanya nampak coklat terang, dan Dreamy Halo dengan warna kelabu. Manakala untuk lensa kontak bulanan, terdapat Café Flat White dengan kombinasi abu-abu sepadan dengan kuning, dan Café Long Black pula sepadan dengan warna kelabu gelap dengan sedikit kuning. 

Tahu tak anda? Bagi kanta lekap pakai bulanan bawah koleksi FreshKon® x Naho, terdapat Pek Normal dan Pek Premium. Pek Premium ini disertakan dengan kotak casing lensa yang khas dengan penampilan Naho Girls. Jom kita lihat keunikan Pek Premium untuk kedua-dua siri ini. Dari segi penggayaan, Glamour Glitz mempunyai personaliti yang seksi dan berdikari; sementara Modern Chic pula menggambarkan keyakinan diri, moden dan chic! Jadi, korang pilih yang mana satu? Dua-dua pun boleh! Ikut mood kan? 

Dengan koleksi baharu FreshKon® x Naho ini, anda pasti dapat memilih mana-mana warna yang paling sesuai untuk diri anda! Kalau korang nak tahu, kisah Naho ini sebenarnya menampilkan 5 rakan di sebuah bandar kosmopolitan. Dua watak telah dikenalikan, adakah kami akan mendapat 3 lagi siri dari kolaborasi ini? Gabungan cerita dan watak Jepun ke siri kanta lekap mereka ini memang menarik kan? Jadi, kalau anda nak try, boleh layari laman web FreshKon® untuk maklumat selanjutnya!

1 view0 comments