• Syaziyah Md Sharif

Taman Tema Keluarga Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Pengumuman tersebut akan dibuat pada waktu yang sesuai

Keputusan sama ada taman tema keluarga akan dibuka dalam masa terdekat bakal diumumkan tidak lama lagi.


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengumuman itu akan disampaikan pada masa yang sesuai memandangkan banyak sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi termasuk gelembung pelancongan yang dijangka akan diperluaskan pada bulan depan.


“Pembukaan ini melihat melalui data yang telah dikongsikan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kepada MOTAC, pengumuman itu tidak lama lagi.


“Persoalan destinasi mana bakal dibuka tidak perlu timbul lagi, taman tema nanti dalam masa terdekat akan diumumkan,” katanya pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.





Sumber: Kosmo!

4 views0 comments