• Syaziyah Md Sharif

Taman Sri Muda Kini Kembali Terima Bekalan Elektrik

Banjir telah menyebabkan bekalan elektrik di kawasan itu terjejas

Kredit Foto: TNB

Taman Sri Muda, Shah Alam yang terjejas teruk akibat banjir telah kembali memperoleh bekalan elektrik.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Taman Sri Muda telah kembali bercahaya malam tadi.


“Terima kasih seluruh warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

TNB dalam satu kenyataan juga memaklumkan bekalan elektrik di 284 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan (24), Kuala Lumpur (117) dan Selangor (121) telah dipulihkan sehingga pukul 12 tengah malam tadi.


Menurut TNB, jika banjir sudah surut, tetapi masih belum menerima bekalan elektrik disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.


Jelas TNB, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat bergantung kepada akses dan keadaan setempat.




Sumber: Facebook, Twitter

10 views0 comments