• Jonathan Shiek

Tajuddin Dikompaun RM 1,500 Gagal Pakai Pelitup Muka Semasa Sidang Media

Baru-baru ini, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dikenakan kompaun sebanyak RM 1,500 atas kesalahan tak memakai pelitup muka semasa sidang media.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan itu dilakukan Tajuddin semasa mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu.

“Ini atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah) di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments