• Jonathan Shiek

Tajuddin Akui Kesilapan Semasa Sidang Media Secara Berseloroh

Bekas Pengerusi Prasarana Bhd., Datuk SerI Tajuddin Abdul Rahman telah mengakui akan kesilapan yang dilakukannya pada sidang media mengenai kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), pada Selasa lalu.

Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Facebook miliknya bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak meminta maaf kepada wartawan yang hadir pada sidang media itu. Tajuddin turut menerima nasihat dan teguran daripadanya selepas didakwa mengendalikan sidang media secara berseloroh.

“Beliau mengakui akan kesilapan yang telah dilakukan pada sidang media mengenai kemalangan LRT,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial. Selain dari itu, Najib turut berkata, Tajuddin turut meminta suoaya Prasarana menanggung penuh kos perubatan mangsa-mangsa dalam tragedi itu, selain menaikkan jumlah bantuan kewangan kepada yang terlibat daripada RM 1,000 kepada satu angka yang lebih memuaskan.

Serta, pihak Prasarana akan membantu mangsa untuk menuntut pampasan daripada Perkeso serta majikan yang mempunyai insurans swasta bagi pekerja. 


Sumber artikel asal dari MalaysiaGazette

0 views0 comments