• Syaziyah Md Sharif

Tahun baru, badan baru! 4 Tips Confirm Kurus dari pakar

Updated: Oct 14, 2021

Ramai yang dah cuba macam2 untuk nak diet dan kuruskan badan, daripada tahun 2010 sampai 2020, mesti azam tahun baru nak kuruskan badan. 

Tapi dah 10 tahun pun badan tak kurus2.

Boleh cuba tips2 mudah ni, kalini mesti boleh kurus.

Elakkan dari minum air manis

Tips ni sangat berguna untuk korang yang nak kuruskan badan dengan cepat. Ini kerana, selain dari air manis selalunya tidak mempunyai khasiat yang berbaloi dengan kalorinya. Air manis juga akan memperlahankan metabolisma badan korang, ini akan membuatkan badan korang bakar lemak dengan lebih perlahan.

Elakkan dari makan makanan yang bergoreng

Tak pelik ke, korang nak bakar lemak dalam badan tapi korang makan lagi makanan yang berlemak. Ya betul, makanan yang bergoreng ni mempunyai lemak yang sangat tinggi. Walaupun nampak mcm goreng pisang tu sangat kecil dan tak merosakkan diet korang, tapi percayalah, cukup ke 1 je goreng pisang? Mana kenyang.

Pastikan korang tidur dengan cukup

Ini adalah salah satu tips yang paling penting dalam proses korang nak kuruskan badan. Ini kerana masa tidur ni lah badan korang akan bina balik semua sel2 dan organ2 yang mengalami kerosakkan di siang hari tu. Masa ni juga badan korang akan bina otot, dan otot ni yang akan bantu korang untuk bakar lemak dengan lebih cepat.

Minum air dengan cukup

Kita banyak dengar orang selalu cakap kena minum air dengan cukup, tapi sebenarnya banyak mana yang kita kena minum. Untuk memudahkan korang, kita hanya kena minum air sehingga air kencing kita berwarna jernih atau kuning cair.

Kalau korang ikut semua tips ni, nampak sangat mudah. Percayalah, korang sendiri pun akan terkejut dengan diri sendiri nanti.

0 views0 comments