• Syaziyah Md Sharif

Tahniah! Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Kini Bergelar Suami Isteri

Majlis akad nikah mereka diadakan secara tertutup 5 November lepas


Pasangan selebriti sensasi, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, akhirnya mengumumkan sudah sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu.


Ia sekali gus mengiyakan gosip pemenang trofi Gandingan Serasi Drama Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada edisi 33 dan 34 itu sudah berkahwin, awal bulan lalu.


Kedua-duanya diraikan dalam majlis bertemakan dalam taman di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Uqasha.


Majlis tersebut dilaporkan telah diadakan seawal jam 7.30 pagi dan disaksikan ahli keluarga serta teman rapat seperti Datin Nina Juren dan Michael Ang.


Hanya dua kali lafaz, Kamal dan Uqasha sah bergelar suami isteri. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah, Tuan Izzuddin Abdul Mutalib, jam 9.39 pagi pada 5 November lalu.


Tahniah!




Sumber: Beautifulnara

9 views0 comments