• shafika9

Tahniah! Datuk Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua

Updated: Sep 20, 2021

Tahniah! Buat Datuk Siti Nurhaliza atas kehamilan anak keduanya. Ramai sebenarnya yang masih berteka-teki dengan tanda tanya yang diberikan oleh Siti sendiri. Akhirnya, Siti Nurhaliza mengesahkan sendiri bahawa dia sedang berbadan dua buat sekali lagi selepas melahirkan anak pertamanya Aafiyah pada tahun 2018.


Menurut Siti, kehamilannya kini sudah mencecah usia 4 bulan sekarang dan tak pernah ada berniat hendak merahsiakan berita gembira ini kepada khalayak ramai sebelum ini. Siti mengumumkan semasa di laman media sosial untuk pelancaran produknya iaitu Beausiti X Wonderlab. “ Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi berkenaan atas kehamilan kedua saya sudah mencecah 4 bulan sekarang,” katanya.


Sumber: Metro Kini

Menerusi video Live berkenaan yang dilakukan oleh Datuk Siti sendiri di laman media sosial Instagram menunjukkan Aafiyah iaitu anak pertama Datuk Siti mencium perut ibunya dalam keadaan gembira dan teruja. Netizen juga turut serta mengucapkan tahniah kepada Siti dan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada Datuk Siti supaya semua berjalan dengan lancar.


Sebelum ini, Datuk Siti pernah mengalami keguguran pada November 2015. Kemudian, Datuk Siti berkongsi berita kegembiraannya atas kehamilan anak pertama iaitu Aafiyah pada tahun 2017. Datuk Siti dengan Datuk K berkhawin sudah mencecah usia 14 tahun sejak dari 2006 lagi. Hasil perkhawinan ini, dan Alhamdulilah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini sudah mencecah usia 2 tahun sekarang. 

0 views0 comments