• Jonathan Shiek

Tahniah! Datuk Seri Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Cahaya Mata Kedua

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan dalam Instagram rasminya, pihak pengurusan Siti Nurhaliza memaklumkan bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Selain itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga berkongsi sebuah muzik video yang bertajuk ‘Anakanda’, dimana beliau berkongsi detik-detik manis sebelum kelahiran puteranya itu.


View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Dalam pada itu, Siti dan suaminya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Tahniah Tokti!

0 views0 comments