• Jonathan Shiek

Tahanan Palestin Meninggal Dunia Dalam Penjara Israel

Seorang tahanan rakyat Palestin maut di Pusat Tahanan dan Penyiasatan Israel di Baitulmuqaddis, petang semalam. Abdo Yousef Al-Khatib Al Tamimi, 43 Tahun meninggal dunia di ‘Al-Maskobiya’.

Menurut dari Penasihat Media, Hassan Abed Rabbo berkata mangsa ditahan tentera Israel di Al-Tamimi Ahad lalu, kerana kesalahan melanggar trafik. Hassan menggesa Israel dan pentadbiran penjara itu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian lelaki itu. 

Keluarga mangsa melaporkan bapa kepada empat keluarga itu dipukul dan dikenakan arus elektrik oleh polis Israel. Zionis Israel menipu dengan memaklumkan punca kematian Abdo disebabkan serangan jantung di dalam sel tahanan.

Keluarga mangsa menjelaskan lelaki berkenaan tiada menghidap sebarang penyakit. Hampir 222 tahanan rakyat Palestin dianggarkan maut ketika berada di dalam penjara Israel sejak dari tahun 1967 lagi. Pada tahun ini saja, sudah lima orang yang meninggal dunia disebabkan perbuatan terkutuk mereka (zionis Israel).

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments