• Jonathan Shiek

Tahan 19 Pekerja Restoran Hanya Kerana Polis Pakistan Gagal Mendapatkan Burger Percuma

Kejadian yang berlaku di Pakistan apabila sekumpulan anggota polis berang dan menahan semua 19 kakitangan sebuah restoran makanan segera kerana enggan memberikan burger percuma kepada mereka.

Pekerja restoran makanan segera popular, Johnny & Jugnu di bandar Lahore, timur Pakistan , telah ditahan selama tujuh jam pada Sabtu lalu dan terpaksa meninggalkan dapur serta pelanggan mereka.

Menurut dari pekerja restoran berkenaan, “ini bukan kali pertama mereka melakukan seperti ini terhadap restoran kami dan kami mahu memastikan ini menjadi yang terakhir,” kata pihak pengurusan rangkaian makanan segera itu.

Susulan dari bantahan peminat restoran berkenaan, sembilan anggota polis yang terlibat telah digantung tugas kelmarin, kata pegawai kanan polis, Inam Ghani dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Polis Pakistan didakwa terlibat dalam rasuah dan kerap meminta habuan daripada perniagaan tempatan. Perdana Menteri Pakistan telah meminta rombakan pasukan polis dilaksanakan dan bahawa ‘kroni’ yang dilantik oleh ahli-ahli politik untuk menguasai balai-balai polis.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments