• shafika9

Syed Saddiq Minta Kerajaan Meluluskan Industri Ganja Bagi Tujuan Perubatan

Sudah banyak negara yang meluluskan penggunaan ganja untuk perubatan

Kredit foto: MalaysiaKini


Kerajaan perlu ada keberanian moral untuk membincangkan secara terbuka mengenai kebaikan dan keburukan bagi meluluskan penggunaan ganja di malaysia terutama sekali bagi tujuan perubatan. Menurut dari Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di parlimen semalam, mengatakan langkah-langkah ini harus diambil agar Malaysia tidak ketinggalan dalam industri tersebut, ia boleh mencatatkan nilai lebih dari RM 400 bilion dalam empat tahun akan datang.


“Saya berharap pemerintah dapat mengemukakan kertas kerja yang telus, tulus, yang didorong oleh data dan sains mengenai kebaikan dan keburukan untuk membenarkan industri ganja dan perubatan ganja. Ini lebih dari 40 negara telah meluluskan penggunaan ganja bagi perubatan di negara masing-masing. Pasaran semasa bernilai sekitar RM 60 bilion dan dijangka dalam masa empat tahun akan melebihi RM 400 bilion,” katanya.


Katanya lagi, kerajaan tidak boleh menafikan topik ini semata-mata kerana sensitiviti masyarakat, sebaliknya perlu membuat keputusan berdasarkan data dan sains. Ia perlu ada keberanian moral untuk membincangkan perkara ini dengan fakta dan angka. Beliau mengharapkan kerajaan dapat membincangkan perkara tersebut dan meneliti data dan sains.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


4 views0 comments