• Jonathan Shiek

Syed Saddiq Ingin Memperjuangkan Perniagaan F&B Dengan Pelancaran Aplikasi COOX

Akibat Covid-19, industri makanan merupakan yang paling terkesan. Banyak kedai makan dan perniagaan terpaksa tutup.

Dengan peningkatan kos operasi, bagaimana pemilik restoran nak memenuhi permintaan industri yang berterusan?

Syed Saddiq dan pasukannya telah memikirkan penyelesaian untuk masalah itu. Pada 4 Mac, Ahli Parlimen Muar ini dan rakan-rakan pengasasnya melancarkan COOX, sebuah aplikasi makanan dengan konsep ‘cloud kitchen’ bekerjasama restoran yang dirancang untuk menyokong pengendali industri F&B dengan menurunkan kos operasi mereka.

Tolong doakan. Coming soon!@COOXasia #revolutionizingkitchens pic.twitter.com/rLGwv40oMc — Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 2, 2021
Get ready for the arrival of a new cloud kitchen unlike any other. Where quality kitchen space, culinary resources and innovative solutions are all at your disposal. Join us now: https://t.co/JQV6LMomFp#letsCOOXtogether#revolutionisingkitchens pic.twitter.com/oabc6cc5Sc — COOX (@COOXasia) March 4, 2021

Memulakan restoran pada zaman ini biasanya memerlukan pengeluaran kos sekitar RM7,000 – RM10,000 hanya untuk menampung kos sewaan.

Walau bagaimanapun, COOX mengurangkan lebih daripada separuh harga ini, dengan menawarkan sewa hanya RM2,950 – RM5,250 kepada operator.

COOX tidak hanya menawarkan ruang untuk anda menjalankan operasi, ia juga menyediakan tenaga pekerja, kenalan dan penyelesaian kepada vendor untuk memenuhi keperluan perniagaan. Model COOX ini menjadi tempat utama untuk pesanan dari semua aplikasi penghantaran dan menjejaki kewangan.

1 view0 comments