• shafika9

Syed Saddiq Cabar Diri Untuk Lakukan #BotakChallenge Demi Kutipan Dana

Updated: Oct 8, 2021

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq melakukan Live Streaming menerusi di laman Instagram dan Facebook beliau.“Saya akan lakukan Botak Challenge bagi kutipan dana sebanyak RM 200,000 dengan membeli 200 buah laptop untuk memberi manfaat melalui bantuan terhadap 200 keluarga susah di Muar” ujar beliau menerusi akaun Instagram dan Facebook secara live.

Ini sedutan video live menerusi di laman ruangan Facebook Syed Saddiq sendiri. Korang boleh cuba check disini.


Katanya lagi “saya ciptakan kempen baru ini dengan melakukan Botak Challenge demi untuk meraih sumbangan bagi membantu keluarga susah di Muar disebabkan peruntukan yang diminta dari kerajaan ditolak”. Syed Saddiq juga terpaksa mencari cara lain untuk meraih dana bagi membantu keluarga susah dengan mencabar diri membotakkan kepalanya sendiri, sekiranya sumbangan tersebut mencukupi sehingga RM 200,000 dalam masa lima hari ini. 

Ini di ruangan Twitter Syed Saddiq dimana dana kutipan tersebut dalam masa 24 jam sahaja telah dikutip sebanyak RM 61,410 pada setakat ini.

Dalam tempoh 24 jam #BotakChallenge, kita berjaya kumpul RM61,410.00 !!! You guys are AWESOME!!! Ramai betul bantu (dan nak saya botak). Cepat-cepat kita raih RM200,000 untuk pelajar Muar. @hafriziqbal dah ready nak botakkan saya. 😤 Link: https://t.co/uGIISpAuzd pic.twitter.com/DEuTnUQSum — Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 27, 2020

Ada juga dikalangan netizen cuba mengedit foto Syed Saddiq dengan menggunakan aplikasi FaceApp apabila kepalanya telah dibotakkan. Nampak lain macam kan?

#BotakChallenge @SyedSaddiq nice pic.twitter.com/c77MYNb1Th — Akif Sulaiman (@elonhasankles) December 26, 2020

Pada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan untuk membantu keluarga susah di Muar, boleh salurkan dana anda dengan klik link disini.

Apa pandangan korang bila Syed Saddiq cuba untuk botakkan kepala? Berikan pandangan korang diruangan komen dibawah ya.

#SyedSaddiq

0 views0 comments