• Jonathan Shiek

Syatilla Melvin Dikecam Teruk, Buat Video Perlekehkan Kulit Gelap

Pelakon yang kini bergelar usahawan, Syatilla Melvin sekali lagi terpalit dengan kecaman teruk daripada netizen selepas memuatnaik video menunjukkan kulitnya yang gelap kemudian berubah kepada kulit yang cerah dengan make up.

Video tersebut mengundang kemarahan netizen kerana ramai yang menganggapnya kurang sensitif. Ada juga yang berkata marketing sebegitu sudah lapuk dan tidak relevan.

Sebuah perkongsian di Twitter oleh @/Nandinibundini yang menerima lebih daripada 10K retweets menunjukkan rata-rata netizen memang marah dengan video itu.

Kalau setakat nak jual foundation banyak ways to market kak oiiiii. Takyah lah blackface. And orang pakai foundation bukan untuk jadi fair tau. 🤗 pic.twitter.com/QdqVloOWoh — Nandini Balakrishnan (@Nandinibundini) February 16, 2021

Walau bagaimanapun, video yang dimuat naik di laman TikTok itu telahpun dipadam olehnya.

Ramai juga netizen yang mengharapkan permohonan maaf darinya, tapi masih lagi tiada sehingga hari ini.

#Kekasih #SyatillaMelvin

0 views0 comments