• Jonathan Shiek

Syarikat Perumahan Bina Pangsapuri Hanya Dalam 28 Jam

Pernah ke korang melihat manusia bina bangunan 10 tingkat hanya mengambil masa 28 jam sahaja ? Semestinya tidak pernah lihat bukan ? paling lama ia boleh memakan masa 2 hingga 3 tahun untuk membina sebuah bangunan yang sempurna dan kukuh.

Sememangnya sukar dipercayai, hanya 28 jam sahaja boleh siap bina sebuah pangsapuri. Ini dibina dari syarikat pemaju perumahan di China, Broad Group yang berpusat di Beijing telah mencipta sejarah apabila menyiapkan pembinaan dalam masa 28 jam. Terdapat video yang memperlihatkan bagaimana mereka membina pangsapuri ini dengan sepantas kilat. Korang boleh tonton dibawah ini.




Setiap rumah pada bangunan ini adalah berkonsep modular di mana Broad Group cuma perlu memasang segala kepingan bahan binaan yang telah siap dibina di kilang mereka. Manakjubkan bukan ? maka tak hairanlah kalau pemasangan rumah boleh siap dibina dengan cepat.

Difahamkan lagi, binaan bilik erta ruangan lain perlulah dipasang siap terlebih dahulu di kilang mereka. Setelah siap, binaan-binaan tersebut akan diangkut ke tapak pembinaan menggunakan trak dan akan disusun mengikut rekaaan bangunan seperti yang ditetapkan. Korang jangan risau syarikat perumahan ini memberikan jaminan bahawa ini kali gempa bumi dan strukturnya tidak mudah musnah.

Malah, bangunan ini juga boleh dipindahkan ke kawasan lain juga jika berlaku sebarang bencana alam yang berlaku di tapak pembinaan yang asal. Untuk pengetahuna korang juga, syarikat ini telah menyiapkan pembinaan menara setinggi 57 tingkat dengan menggunakan teknologi yang sama juga hanya dalam tempoh 19 hari pemasangan sahaja. 

Syarikat ini sememangnya mencipta rekod pembinaan bangunan paling pantas setakat ini. Bila lagi Malaysia boleh ada sistem pemasangan rumah seperti ini ya ?

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments