• Syaziyah Md Sharif

Syarikat Penerbangan Tempatan Baharu SKS Airways Dan MYAirline Akan Dilancarkan Tahun Ini

Kedua-dua syarikat itu akan dibenarkan menjalankan perkhidmatan penumpang dan kargo


Gambar Hiasan

Di Malaysia, terdapat beberapa buah syarikat penerbangan yang agak sinonim dengan kita seperti Malaysia Airlines (MAS) dan juga Air Asia.


Terbaru, dua syarikat penerbangan telah pun diluluskan dan mendapat lesen perkhidmatan udara (ASL), syarikat berkenaan adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline), syarikat penerbangan tambang ultra rendah (ULCC) dan SKS Airways Sdn Bhd (SKS Airways).


Pemegang lesen ASL akan dibenarkan menjalankan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual, sama seperti Malaysia Airlines dan Air Asia.


Setakat ini, kedua-dua syarikat penerbangan ini berada di bawah kelulusan bersyarat oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia. Bagi MYAirline, yang sebelum ini dikenali sebagai Z9 Elite Sdn Bhd, akan mempunyai lesen yang sah selama 12 bulan; dari Januari 2022, hingga Disember 2022. Manakala bagi SKS Airways, lesen mereka akan mempunyai tempoh yang lebih lama iaitu 36 bulan, atau 3 tahun; bermula dari Januari 2022, sehingga Disember 2024.


Dinyatakan juga, bahawa MYAirlines ditubuhkan bukan sahaja untuk membina perniagaan penerbangan tetapi juga untuk mencabar penguasaan salah satu syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia.


Memetik pengarah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Johor, SKS Airways, “Kami di SKS Airways telah bekerja keras dalam tempoh ini untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersil baharu yang memfokuskan kepada destinasi laluan yang tidak mendapat perkhidmatan dan kurang mendapat perkhidmatan.”




Sumber: hype.my

31 views0 comments