• Jonathan Shiek

Syarikat Jepun Ciptakan Beg Kecemasan Untuk Anjing Bagi Penyediaan Bencana Alam

Adakah korang pernah melihat haiwan mempunyai beg kecemasan yang diikat pada badannya sebelum ini? Apabila berlakunya bencana alam, anjing berkenaan akan diberikan beg kecemasan yang diperbuat kalis api dan kalis air dengan menggunakan bahan poliuretana dan poliester bagi perlindungan di bahagian dada anjing tersebut.

Adanya ikatan beg kecemasan ini, ia akan memberikan anjing tersebut lebih selamat ataupun ketika melarikan diri dari bencana. Pada dalam beg kecemasan anjing berkenaan terdapat sepasang sarung tangan getah dan pembalut luka supaya yang terjumpa anjing berkenaan boleh memberikan rawatan kecemasan tanpa perlukan bantuan verterinar.

Sumber: SoraNews24

Terdapat dua poket besar di bahagian tepi dimana ia boleh diletakkan makanan, air dan pelbagai lagi untuk keperluan anjing perlukan. Mesti korang tertanya-tanya berapakah harga sebuah beg kecemasan anjing ini? Beg ini terdapat dua jenis saiz iaitu kecil dan sederhana. Harga untuk saiz kecil ialah 13,000 yen (RM 492), manakala bagi saiz sederhana berharga 15,000 yen (RM 568) sebuah. Mungkin ia agak berbaloi untuk beli, bagi menyelamatkan haiwan berkenaan.

Sumber: SoraNews24

Sebenarnya beg kecemasan ini direka khas bagi mengenangkan 10 tahun kejadian Tsunami terbesar yang pernah melanda Jepun pada 2011 di kawasan Tohoku pada ketika itu. Jadi syarikat ‘Pet Memorial Shop’ ini membuat tawaran dengan potongan 10 peratus sehingga 31 Mac 2021 ini. Mungkin ia masih tiada keperluan lagi buat pengguna di Malaysia, memandangkan negara kita bebas dari bencana alam.

Sumber artikel asal dari SoraNews24

0 views0 comments