• shafika9

Syarikat Apple Cadang Untuk Keluarkan Pembuatan Kereta Elektrik Pada Tahun 2024

Updated: Oct 4, 2021

Bolehkah korang membayangkan syarikat terkemuka di dunia yang menghasilkan teknologi berunsurkan telefon pintar, tablet, komputer? Tiba-tiba nak menghasilkan kereta? Wah! Hebat betul, syarikat Apple mengambil peluang untuk kembangkan lagi ke tahap yang lebih advanced.

Dengar cerita, kereta buatan Apple ini akan menggunakan “Fully Battery Technology” atau bermaksud lain “Penggunaan Teknologi Bateri Sepenuhnya”. Pernah terdapat beberapa khabar angin yang syarikat Apple nak menghasilkan kereta pada sekitar 2016, tapi ia tak menjadi seperti yang mereka rancangan.

Apple kini memberikan fokus untuk membina kenderaan sebenar tapi bagaimanapun masih tak pasti lagi bila ia akan berlaku. Menurut Reuters pihak Apple tak akan membuat keseluruhan kenderaan tersebut, dan akan mengharapkan dari pihak ketiga seperti komponen sistem LIDAR, pemanduan sendiri teknologi dan pelbagai lagi. Syarikat Apple, bateri teknologi bergantung harap pada ‘monocell’ boleh memberikan lebihan kapasiti pada keseluruhan bateri. 

Apple juga masih mencadangkan pembuatan bagi pemanduan sendiri sebelum dibawa ke atas jalan raya. Seperti kita tahu, tiada lagi mana-mana syarikat membuat kereta bagi pemanduan sendiri sehingga hari ini. Melainkan, kereta Tesla menawarkan bantuan bagi pemanduan yang baik dalam keadaan tertentu saja. Apa-apa pun kita berharapkan syarikat Apple dapat merealisasikan impian mereka untuk membina kereta bateri pada tahun 2024 nanti.

Apa pandangan korang terhadap Apple akan mengeluarkan kereta sulung mereka dalam masa 4 tahun dari sekarang? Berikan pandangan dan pendapat korang di ruangan komen dibawah ya.

#applecar

0 views0 comments