• Jonathan Shiek

Syarikat Aiskrim Jepun Mohon Maaf Kerana Naikkan Harga Produk Sebanyak RM 20 Sen

Sebuah video telah tular di Twitter dimana kelihatan beberapa orang pengurus syarikat meminta maaf dan tweet itu mencapai lebih 8K retweets. 

Syarikat aiskrim Jepun membuat iklan meminta maaf kerana terpaksa menaikkan harga daripada 60 yen ke 70 yen (~20 sen) selepas 25 tahun. Different level betul culture mereka. pic.twitter.com/lGXkKxYRxH — Twt_Bajet (@twt_bajet) June 9, 2021

Akagi Nyugyo, jenama yang popular di kalangan berjuta-juta pelajar sekolah di Jepun, telah menaikkan harga aiskrim GariGarikun untuk pertama kalinya dalam suku abad berikutan bertahun-tahun deflasi dan penurunan harga di Jepun.

Untuk menjaga nama baik syarikat, firma itu mengambil langkah awal untuk meminta maaf dalam iklan 60 saat yang disiarkan di saluran TV seluruh negara.

Klip itu bermula dengan kamera memfokuskan kepada eksekutif Akagi Nyugyo yang menatap kamera, lengan dilipat, ketika mereka berdiri di hadapan ibu pejabat syarikat itu kira-kira 75km di barat laut Tokyo.

Rata-rata netizen memberi respon yang positif terhadap video tersebut.

Respek!

0 views0 comments