• Jonathan Shiek

Swarovski Umum Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa

Dengan begitu kecohnya berita Neelofa setelah beberapa laporan dia melanggar SOP Covid-19 sampai viral, serta reaksi netizen tentang kes Neelofa dan abang burger, apa lagi yang boleh berlaku yang akan memeranjatkan kita? 

Baru-baru ini, pengeluar batu kristal mewah terkenal di dunia, Swarovski telah mengesahkan bahawa syarikat itu tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa! 

Dalam satu hantaran di Twitter, @/azba95 telah mengetengahkan isu bahawa jika Neelofa seorang artis sohor di Korea, sebuah brand seperti Swarovski akan tidak fikir panjang untuk melucutkan artis seperti Neelofa dari contract pekerjaan mereka.

Mungkin kerana terlalu banyak reaksi dari netizen, akhirnya Swarovski membalas tweet tersebut. Namun, mereka telah ‘delete’ tweet tersebut dari akaun rasmi selepas beberapa jam.

Jangan risau, netizen ni simpan resit. Lihat screenshot di bawah:

Sekiranya anda tidak tahu, Neelofa telah menjadi tokoh berhijab pertama di dunia yang dipaparkan di papan iklan untuk label perhiasan dan hiasan kristal berjenama Swarovski ini sejak tahun 2017. Bukan hanya itu, projek kolaborasi juga telah membawa Neelofa ke beberapa negara di seluruh dunia, termasuk UAE dan Austria.

Juga dinyatakan bahawa gaun pengantin Neelofa dihiasi dengan 5.000 kristal Swarovski!

Gaun yang disesuaikan khusus dirancang dengan konsep “greek Goddess”, bersama dengan kerudung yang diilhami oleh tudung Arab.

0 views0 comments