• Jonathan Shiek

‘Supermokh’ Dikenang, FIFA Iktirafnya Sebagai Penjaring Ketiga Terbanyak

Sekali lagi nama Datuk Mokhtar Dahari dikenang, kali ini menerusi Tweet yang dimuat naik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menerusi senarai individu dengan jumlah jaringan gol terbanyak.

Menerusi muat naik itu, pemain legenda Selangor itu dinamakan sebagai individu dengan jumlah jaringan ketiga terbanyak dalam sejarah FIFA dengan 89 jaringan.

Mendahului Mokhtar ialah Ali Daei dari Iran dan Cristiano Ronaldo dari Portugal masing-masing dengan 109 jaringan.

🇮🇷 Ali Daei, 109 🇵🇹 Cristiano, 109 🇲🇾 Mokhtar Dahari, 89 🇭🇺 Ferenc Puskas, 84 🇿🇲 Godfrey Chitalu, 79 🇮🇶 Hussein Saeed, 78 🇧🇷 Pele, 77 🇦🇪 Ali Mabkhout, 76 🇭🇺 Sandor Kocsis, 75 🇯🇵 Kunishige Kamamoto, 75 🇰🇼 Bashar Abdullah, 75 🇦🇷 Lionel Messi, 75 📈 The joint-9th top men's scorer! pic.twitter.com/i6pwe8DBmH — FIFA.com (@FIFAcom) June 29, 2021

Buat pengetahuan, Mokhtar yang dikenali sebagai ‘Supermokh’ bermain untuk pasukan Selangor dari 1972 hingga 1987 dan mewakili Malaysia dari tahun 1972 hingga 1985.

Jaringan 89 gol itu disumbangkan beliau menerusi 142 perlawanan antarabangsa dan menyumbang kepada peningkatan kedudukan pasukan negara ke kedudukan 61 dunia.

Beliau meninggal dunia pada Julai 1991 akibat penyakit neuron motor (MND), bagaimanapun punca kematiannya dirahsiakan selama 19 tahun apabila ia dilaporkan menerusi dokumentari yang disiarkan saluran National Geographic pada Ogos 2010.

0 views0 comments