• Jonathan Shiek

Sultan Perak Titah Logo Kelab Bola Sepak Perak Digubal Semula

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar satu pertandingan mencipta logo baru pasukan Perak FC diadakan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed.

Menurutnya, baginda bertitah nasihat agar maklum balas daripada penyokong didengar, dihormati dan diberikan perhatian susulan reaksi mereka yang kurang berminat dengan logo baharu dipersetujui Perak FC sebelum ini.

Pertandingan tersebut telahpun dilancarkan melalui Instagram pada 10 Febuari.


View this post on Instagram

A post shared by Perak The Bos Gaurus (@peraktbgmy)


“Kita akan mengadakan pertandingan logo selama kira-kira seminggu iaitu empat hari dibuka untuk pertandingan mencipta logo manakala selebihnya untuk panel mengenalpasti pemenang.

“Saya mewakili kerajaan negeri bangga dengan maklum balas daripada penyokong yang cukup mengambil berat tentang perkembangan terkini bola sepak Perak terutama berkaitan logo ini,” katanya.

Pada 30 Januari lalu, Perak FC memperkenalkan logo baharu itu menerusi Instagram ‘peraktbgmy’ dengan mengetengahkan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’.

Walau bagaimanapun, logo tersebut mendapat respon yang agak negatif dari peminat kelab tersebut kerana ianya kelihatan kurang kreatif.

Logo itu menunjukkan imej seekor seladang putih di atas lapisan hitam dengan bingkai berwarna kuning.

#Perakfc #SultanNazrin

0 views0 comments