• Jonathan Shiek

“Suka Hatilah, Anak Aku!” – Ibu Bapa Ini Dikecam, Beri Anak Hisap ‘Vape’

Baru baru ini, netizen dikejutkan dengan sebuah video yang memperlihatkan seorang bapa memberi anak kecilnya menghisap ‘vape’.

Menerusi video itu, kelihatan seorang budak kecil tidak berbaju sedang menghisap rokok elektronik itu sambil dihulurkan oleh bapanya tanpa rasa bersalah.

Anak ini tak selamat tinggal dengan ibu bapa yang sebegini. Mohon tindakan @PDRMsia & @JKMHQ. pic.twitter.com/CB0ohePJiy — MyWatch (@My_CrimeWatch) May 4, 2021

Difahamkan lagi melalui percakapan ibunya, sudah 3 kali budak itu melakukannya. Namun, ibu bapanya membiarkan sahaja kelakuan anak mereka.

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @/My_CrimeWatch itu dipercayai diambil daripada akaun Instagram ibu kepada budak kecil berkenaan.

Bagaimanapun setelah perkongsiannya ditegur oleh orang ramai, ibunya bertindak ‘menyekolahkan’ netizen dengan memuat naik Insta Story berikut:

Credit: Twitter


Selepas kejadian kurang bijak itu berlaku, ibu bapa kepada anak kecil berkenaan mengeluarkan sebuah kenyataan mohon maaf:

lepastu dia post kat fb macamni ?? https://t.co/n6QdgvESod pic.twitter.com/rkFG9OELyR — 𝐍𝐚𝐝𝐝𝐲 🌻 (@amyranadyaa) May 4, 2021

Aduhai, tak nak jadi parents tak payahlah! Haih

0 views0 comments