• Syaziyah Md Sharif

Sudirman Cup: Malaysia Bawa Pulang Pingat Gangsa!

Masa depan yang cerah untuk skuad muda badminton

Kredit Foto: BWF

Hujung minggu lepas menyaksikan skuad badminton Malaysia bersaing merebut kemenangan untuk Piala Sudirman di Finland, aksi penuh debaran dari skuad badminton Malaysia mebuahkan hasil apabila mara ke peringkat separuh akhir setelah 12 tahun penantian.


Skuad badminton yang diterajui permain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, perseorangan wanita S. Kisona, beregu lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, beregu wanita Pearly Tan dan M. Thinaah serta beregu campuran Pang Ron dan Yee See.

Ia merupakan kemenangan yang sukar dicapai kerana Malaysia telah bertungkus-lumus dalam pertempuran panjang yang berlangsung hampir enam jam untuk menundukkan saingan utama mereka, Indonesia, 3-2, dan menyamakan prestasi terbaik mereka dalam kejuaraan pasukan campuran, kali terakhir mereka menundukkan Indonesia adalah pada edisi 2009 di Guangzhou, China.


Ia juga merupakan kejayaan pertama Malaysia ke atas Indonesia dalam Piala Sudirman setelah tiga pertemuan sejak tewas dalam pertemuan pertama di peringkat kumpulan edisi 1999 di Copenhagen, Denmark, yang menyaksikan pasukan Indonesia mengalahkan pasukan kebangsaan 4-1.


Sudirman Cup tahun ini menyaksikan China sebagai juara bertahan dan Jepun menamatkan saingan di tempat kedua sementara Malaysia dan Kora Selatan keduanya mendapat tempat ketiga.

7 views0 comments