• Jonathan Shiek

Suara Kucing Ini Dapat Selamatkan Wanita Berusia 83 Tahun Yang Terjatuh Ke Dalam Lubang

Bunyi suara seekor kucing yang mengiau berulang kali, ia dapat menyelamatkan pemilik haiwan berkenaan selepas dia terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 21.33 meter di Bodmin, Cornwall, England pada Sabtu lalu. Semasa kejadian tersebut, wanita warga emas berusia 83 tahun dilaporkan hilang menyebabkan satu pasukan kecemasan memulakan operasi pencarian berdekatan dengan rumahnya.

Jirannya telah menghubungi perkhidmatan kecemasan setelah bimbang tentang keadaan diri wanita berkenaan kerana didapati hilang lebih dari beberapa jam. Bagaimanapun, seorang pejalan kaki mendengar bunyi suara kucing yang mengiau berulang kali, yang berada di atas sebuah lubang di kawasan belukar pada petang hari kejadian.

Kucing yang diberi nama Piran telah membantu menyelamatkan wanita tersebut yang terjatuh ke dalam lubang tersebut apabila anggota-anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Cornwall memulakan operasi menyelamat wanita warga emas itu. Wanita tersebut berjaya dibawa naik dan dihantar ke hospital dengan menggunakan sebuah helikopter ambulans. 

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

1 view0 comments