• Jonathan Shiek

Suami Saman Isteri Kerana Berbohong Bahawa Dia Seorang Transgender

Kejadian yang berlaku di New Delhi, India apabila si suami bertindak untuk menyaman isteri dan termasuk keluarga mertua dan perunding perkahwinan atas penipuan berkahwin dengan seorang transgender.

Lelaki tersebut membuat laporan polis untuk memfailkan saman berkenaan, selepas dua bulan berkahwin. Dia mendakwa keluarga mertuanya tidak mendedahkan identiti sebenar isterinya. Pasangan tersebut telah berkahwin dalam satu majlis pada 28 April lalu. 

Menurut dari si suami, “ selepas berkahwin , pasangan itu berasa tidak selasa untuk melakukan intim dan pengantin wanita mendakwa mempunyai masalah kesihatan. Dia mula merasakan curiga dengan alasan diberikan wanita terbabit,” katanya.

Lalu lelaki berkenaan membawa isterinya untuk menjalani pemeriksaan. Namun, perkara yang tak disangkakan apabila si suami dapat tahu bahawa isterinya seorang transgender selepas disahkan sendiri oleh doktor. 

Si suami mula tak berpuas hati dan mula menyaman isterinya yang bukan seorang wanita secara genetik dan tidak berupaya melakukan hubungan intim. Maka dengan itu, si suami membuat keputusan untuk membuat laporan polis dengan tindakan si isterinya dan keluarga mertuanya yang cuba menipunya.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

1 view0 comments