• Jonathan Shiek

Suami Isteri Ditahan Kerana Beri Anak Minum Racun

Baru baru ini, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri di Seremban untuk membantu siasatan selepas didapati video tular di Facebook yang memaparkan perlakuan seorang lelaki yang kelihatan kecewa serta tertekan akibat penularan pandemik COVID-19.

Menurut dari Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd.Said Ibrahim berkata “terdapat satu laporan yang diterima berkaitan video yang tular itu kerana boleh menjadi ikutan dan dorongan yang kurang baik dalam masyarakat dan unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak”.

Susulan dengan laporan itu, polis telah menahan pasangan suami isteri tersebut yang masing-masing berusia 29 tahun di sekitar Seremban. Jelas Mohd.Said, pihak polis menasihatkan masyarakat agar tidak mengambil apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam kerana boleh diambil tindakan dibawah undang-undang.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments