• shafika9

Suami Isteri Dikompaun RM 10,000 Kerana Tak Lengkap Vaksin

Korang kalau nak rentas negeri pastikan dah cukup dua dos terlebih dahulu

Kredit foto: Harian Metro


Cubaan bagi pasangan suami isteri ini yang cuba untuk merentas negeri dari Perak telah membawa padah apabila dikompaun pada hari semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata pasangan itu ditahan dalam operasi pematuhan dilakukan di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kulai - Kota Tinggi.


“Pasangan suami isteri itu diberikan kompaun kerana merentas negeri tanpa vaksin yang lengkap. Nilai kompaun dikenakan adalah sebanyak RM 5,000 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan tersebut. Kompaun dikeluarkan adalah di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.


Orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan meskipun kerajaan telah memberikan kebenaran bagi mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments