• shafika9

Suami Bina Rumah Berpusing, Kerana Isteri Merungut Pemandangan Asyik Sama

Unik ! tak pernah lihat rumah berpusing setakat ini

Kredit foto: Utusan Malaysia


Pernahkah korang melihat sendiri rumah berpusing? Mesti tak pernah bukan, ini merupakan rumah yang unik direka oleh seorang lelaki berusia 72 tahun demi untuk isterinya yang tercinta. Voksin Kusic berkata, dia membina rumah tersebut selepas berasa bosan dengan keluhan isterinya yang mahukan kediaman dengan pemandangan yang berbeza.


Kusic yang merupakan inovator, membina rumah boleh berpusing agar isterinya dapat menyaksikan pemandangan dari sudut yang berbeza. Seperti pemandangan matahari terbit pada suatu masa dan seterusnya ke kawasan pejalan kaki.


“Saya sudah bosan mendengar keluhannya serta pengubahsuaian rumah yang dilakukan secara kerap. Jadi, pada kali ini saya bina rumah ini agar dia boleh membuat apa sahaja yang diingininya,” katanya. Rumah tersebut yang terletak di utara Bosnia. Rumah itu boleh berpusing pada paksi sepanjang tujuh meter, dengan menampilkan pemandangan ladang jagung dan tanah pertanian serta hutan dan sungai.


Rumah ii mampu berpusing 360 darjah selama 24 jam apabila ia bergerak perlahan. Malah, pada pusingan pantas ia mampu mencapai bulatan penuh dalam masa 22 saat. Kusin berkata, dia mula mendapat inspirasi untuk membina rumah ini dari pereka warga Serbia-Amerika, Nikola Tesla dan Mihajlo Pupin. Projek itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia



15 views0 comments