• Syaziyah Md Sharif

Streamer 'Twitch' Malaysia Bergabung Mengumpul Dana Untuk Pusat Kebajikan

Mereka mengumpul dana untuk Persatuan Kasih Sejati yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan

Di musim pandemik ini kita dapat lihat ramai yang terjejas dari segi kewangan dan ada juga yang bersusah-payah untuk meneruskan kehidupan.


Bagaimana pun, kita juga dapat lihat kesatuan rakyat Malaysia yang bersama-sama memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, streamer Twitch tempatan baru-baru ini bergabung untuk memulakan Project AIMS, yang memulakan inisiatif untuk menderma selama 2 minggu dari 18 September hingga 2 Oktober.


Mereka menggunakan platform mereka di laman streaming untuk mengumpulkan dana yang akan disalurkan kepada Persatuan Kasih Sejati yang membantu golongan B40, Orang Asli, orang tua, anak yatim, dan orang kurang upaya.


Ini adalah usaha mereka untuk menghiburkan penonton mereka sambil mendidik orang ramai mengenai aktiviti amal. Kira-kira 35 orang streamer Twitch turut serta dalam usaha mencapai dana RM40,000 (US$ 9,580), dengan menganjurkan acara seperti "Just Dance" dan "Valorant".


Apa yang menarik, jumlah yang diperlukan untuk mencapai sasaran pada hari pertama aktiviti amal adalah RM20,000 (US$ 5,000), kumpulan streamer Malaysia berjaya mencapai sasaran tersebut dalam masa sehari!


Sekiranya anda berminat untuk menderma ke badan amal Persatuan Kasih Sejati, anda boleh melakukannya melalui link ini ok?


Jika anda ingin berikan sokongan kepada streamer-streamer Twitch di Malaysia, anda boleh check out mereka ini ok?


9 views0 comments